Quantcast
Channel: Cinta Hawaa

Tak Salah Menjadi Hipster


Jangan biarkan hidup anda di selubungi dengan MISTIK

$
0
0
Assalamualaikum

Tak tau kenapa, sejak akhir-akhir ini Atie suka sangat baca kisah kisah mistik.. Walaupun ada rasa takut sikit-skit tapi best tau baca.. Lagi best kalau cerita tu kisah benar.. Rasa real gitu.. kihkihkih.

Atie suka baca kat 1 blog ni, Fiksyen Shasha.. Semua cerita kat sini di hantar sendiri oleh orang-orang yang mengalaminya.. Kira kisah benar sebenar-benarnya.. Ada juga kadang-kadang Atie rasa macam x logik je.. Rasa macam cerita novel.. Jalan cerita gempak gilerr.. Tapi xtau la rekaan atau benar-benar belaka.

Atie bukan seorang yang terlampau berani.. Rasa takut tu ada juga sikit-sikit dan Atie suka imagine.. Kalau duduk tempat gelap sorang-sorang, mula la imagine yang bukan-bukan.. Muncul la watak-watak dari cerita-cerita yang Atie baca.. Masa tu baru rasa takut.. Tinggi sangat imaginasi Atie ni.. hehehe. Kalau x ingat pasal cerita-cerita mistik, Atie ok je.. Seorang yang agak berani.. 

Lagi satu, Atie berani baca cerita-cerita mistik yang x ada gambar.. Kalau ada gambar seram, Atie memang takut.. X sanggup nak tatap gambar hantu tu.. Kalau tengok movie hantu pun, bila je keluar hantu Atie memang  x tengok.. Tutup mata siap-siap.. Takuuutttt!!!

Orang tua-tua cakap x elok tengok cerita atau baca benda-benda mistik ni.. Jin suka kalau orang-orang macam ni.. Tapi Atie x tau la kebenarannya..

Sejak akhir-akhir ni, Atie selalu je sakit-sakit belakang.. Atie saje kacau-kacau Ummi bagitau Atie selalu sakit belakang bila baca cerita-cerita mistik ni..  Ada benda suka kot.. Niat nak gurau-gurau je dengan Ummi, tapi pasal sakit belakang memang betul.. Mungkin sebab salah tidur je kot.. X pun sebab selalu dukung anak-anak buah.. Semua dah besar-besar tapi saje nak manjakan diorang.. hehehe.

X tau pulak Ummi ambik benda ni serius.. Dia ada tanya Ustaz pasal Atie.. Ustaz bagitau memang ada benda ngikut Atie.. Mungkin sebab tu tiba-tiba Atie boleh tersuka cerita-cerita mistik ni. Wallahualam benda ni ada betul ke tak.. Atie buat x kisah je.. Perasaan takut ada juga bila dengar macam ni, tapi Atie buat xtau je.. Yakin dengan Allah je.

Now, Atie memang x baca dah cerita-cerita mistik.. Takut tu tetap ada.. Tapi hati kena kental lo.. Hahaha. Kena tunjuk berani..

Xtau nak letak tajuk apa.. Hentam je la labuuu

Malas Sesangat

$
0
0
Assalamualaikum

Entry bulan 3 x de langsung.. Bulan lepas pun 1 je.. tu pun giveaway..
X tau la kenapa malas sangat nak update blog.. Hari tu bukan main lagi bersemangat.. Ni makin lama makin slow.. Banyak je benda nak cerita, tapi tahap kemalasan mengatasi segala-galanya.. hahaha.

Tiap-tiap minggu bawa balik laptop ofis, tapi kadang-kadang nak On laptop pun malas.. Apatah lagi nak update blog.. Khamis bawa balik laptop, konon nak update blog.. Ahad bawa pergi ofis tanpa sentuh pun.. Buat berat je.. hahaha. 

Malas sekarang tahap yang teruk..

Kena cari ubat ni....

Blog bersawang

$
0
0
Assalamualaikum

Wah… Agak lama dah Atie x update dekat blog ni.. Sedih je tengok blog yang dah bersawang.. Harap lepas kemas sawang-sawang ni semua, Atie rajin la update blog.. Niat dah ada, cuma semangat belum cukup kuat lagi.. 
Atie!! Kuatkan semangat!!!

Lebih kurang 10 hari je lagi nak puasa.. Semua dah ganti puasa ke?
Alhamdulillah tahun ni Atie dapat habiskan awal. Setiap hujung minggu Atie akan ganti puasa.. Kalau hari kerja, rasa malas je.. Nanti kena keluar musim-musim panas ni.. Hmm x larat la.. So Atie ambil keputusan ganti hujung minggu je.. Alhamdulillah, dengan semangat yang gentar Atie dapat habiskan awal dari biasa.. Biasa last minit baru ganti.. kuikuikui

Setiap kali nak masuk bulan Ramadhan, rasa berdebar je jantung.. X tau kenapa.. Excited ke takut ke, x tau nak describe macam mana perasaan ni.. Tapi yang pasti x sabar..

Harap puasa kali ni lebih baik dari sebelum.

Eh, terwish awal pulak.. Nampak sangat malas nak update blog.. Hahaha.

Atie!! Fighting!!




Happy Birthday to Me!!

$
0
0
Assalamualaikum


Semalam birthday Atie.. Tapi x celebrate apa pun.. Family Atie memang x celebrate pun birthday, cuma wish sahaja.. Tapi kalau dapat hadiah, tu kira bonus dah.. hehehe. Biasa memang x de apa-apa..

Ucapan untuk diri sendiri, semoga tercapai apa yang di hajati..

Ni setahun yang lalu.. Birthday Atie tahun lepas kami pergi bukit keluang.. Tiup kek pasir je..


Cerita pasal Bukit Kluang pun x update-update lagi.. Ingat nak update hari ni, alang-alang tengah rajin ni.. Skali tengok, gambar pun x transfer lagi.. Terus hilang mood nak upload.. Hehehe. Sorry



Resepi : Begedil

$
0
0
Assalamualaikum

Bahan bahan:

1/2 kg ubi kentang
200 gm daging/ayam kisar
2 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat
1 sudu besar bawang goreng
2 tangkai daun sup dihiris halus
1/2 labu bawang besar-di potong dadu
2 biji telur ayam
Garam secukup rasa



Cara cara:
Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat semasa masih panas. Ketepikan dulu.
*boleh juga guna cara merebus sehingga empuk.

Sementara daging/ayam kisar dimasak sehingga separuh masak.

Satukan kesemua bahan bahan kecuali telur di dalam satu bekas. Ambil sedikit adunan dan kepal kepalkan. Bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.

Dalam bekas lain, pecahkan telur dan kacau. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak yang betul-betul panas sehingga berwarna keemasan.

Guna api sederhana je. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah begedil tidak pecah, gorengnya pun lawa. Bila dah masak, angkat dan toskan. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.

Gambar dah siap goreng x ada.. 

Selamat mencuba.

Hello Everybody!!

Selamat Mengundi

$
0
0
Assalamualaikum


Hari ini adalah penentu untuk masa depan Malaysia.

Buat la pilihan yang terbaik. 

Undi adalah rahsia!!

Selamat Mengundi!!






Cinta Hati Baru

$
0
0
Assalamualaikum

Hadiah birthday Atie tahun ni amat bermakna.. 
Memang xde di jual kat mana-mana...


..




..




..




..




ni dia hadiahnya




..




..

gambar masa umur 1 bulan

Anak buah Atie yang ke5.. 
Kami berkongsi tarikh yang sama 5 JUNE

Wan Emily Mikayla

Gambar masa lahir ada dalam phone lagi.. Malas nak transfer.. So letak gambar masa umur 1 bulan la.. Gambar ni masa buat photoshoot sendiri kat rumah.. Pakai phone je.. Kualiti gambar x lah gempak macam DSLR.. hmmm, nampaknya kena beli DSLR 1 ni...

kena tiru hobi kakak-kakak ni

penat layan FB

bersama Kak Icha

bersama Kakak Tasneem

Kami 3 beradik

Photoshoot sendiri, edit pun sendiri.. Terimalah dari orang yang x profesional.. Atie x belajar mana-mana pun photoshop, buat sesuka hati.. Kalau PRO tengok cara Atie edit, mesti dia geleng kepala sampai tercabut.. Hahaha.

YAKULT Perkhidmatan Penghantaran Ke Rumah

$
0
0
Assalamualaikum


Wah.. Nak beli Yakult sekarang x perlu ke kedai dah.. Semua boleh beli dari rumah.. 
Macam tempat Atie, setiap hari Selasa Yakult akan datang ke rumah.. Tunggu bunyi loceng je dan dah boleh minum Yakult.. Tapi jangan lupa bayar pulak..

Harga pulak murah dari kedai, tapi biasa kat kedai kadang-kadang ada promosi, so kemungkinan dapat lagi murah la.. Cuma yang ni dapat jimat kos petrol..

Harga 
Yakult Ace - RM 3.90
Yakult Ace Light - RM4.30

Contact Number yang kat flyers tu untuk area tempat Atie, Cherang Kota Bharu.. Jangan la pulak uolls pergi call dia.. Confirm-confirm dia x kan hantar.. Hahaha. Siapa-siapa duk area Cherang Kota Bharu, boleh la call dia.. Tapi Atie x tau dia cover area mana lagi.. Mungkin boleh tanya dia la..

Vietnamese Spring Roll

$
0
0
Assalamualaikum


Bahan-bahan
Rice Paper (aeon atau tesco ada)
Isi ayam - di rebus dengan sikit garam dan herb (bagi ada rasa sedap sikit)
Udang - dicelur dan dibelah dua (Atie x letak sebab lupa beli)
Daun salad - secukupnya
Daun Pudina – secukupnya *
Daun Ketumbar – secukupnya *
Timun - dihiris memanjang
Carrot - dihiris nipis dan memanjang
Daun selasih - secukupnya
Bihun - dicelur dan toskan

*Bagi Atie daun ni mesti ada untuk rasa yang betul.. Kalau xde, rasa macam kosong sikit Vietnamese Spring Roll kita. 

Cara membuat popia
Mulakan dengan melembutkan rice paper wrapper.. Celupkan rice paper tersebut dalam mangkuk     air.. Buat sekejap je sebab rice paper senang koyak kalau terlalu basah dan susah nak roll..
Kemudian, letakkan rice paper yang telah lembut tadi, di atas pinggan.. Susun daun salad, bihun, isi ayam dan semua bahan-bahan tadi (letak dalam 2,3 helai).. Kalau guna isi udang, letak sebelum daun salad untuk nampak cantik..
Dengan berhati-hati, lipat rice paper macam melipat popia atau gulung ketat.. Atie gulung je, Nampak lawa sikit..
Buat sampai habis dan sedia untuk dihidang..



Bahan untuk sos
4 sudu besar cuka
4 sudu besar sos ikan
1 cawan air
1 sudu besar gula
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
Cili padi (ditumbuk)

Cara membuat sos
Masukkan semua bahan dalam periuk.
Masak sekejap sehingga gula larut.

** Cara malas, Atie beli sos cili thai je.. Tapi biasa Sos Cili Thai manis kan, so Atie tambah cuka, bawang putih dan cili.. Sukatan ikut lidah sendiri.. hehehe

Atie beli yang ni kat Aeon




Resepi Daging Bakar "Harimau Menangis" @ "Sua Rong Hai"

$
0
0
Assalamualaikum



Bahan-bahan perapan daging (perap 1 jam) :

1. Daging ambil bahagian yg ada lemak baru sedap - ketebalan daging 1.5cm (anggaran Atie)
    - cucuk-cucuk daging dengan garfu bagi bahan perapan mudah serap
2. gula
3. sos ikan (nampla)
4. sos tiram
5. myk masak
6. lada hitam

agak-agak je tau xde sukatan

Bahan-bahan untuk buat sos cicah daging :

1. sos ikan (nampla)
2. air asam jawa
3. jus limau nipis
4. thai palm sugar
5. serbuk cili thai (kalau x cukup pedas, boleh tambah cili padi tumbuk)
6. bawang merah
7. beras sangai (goreng tanpa minyak & tumbuk halus)
8. daun saderi (hiasan)

Selamat mencuba..

Gambar masa grill daging x ada.. tengah kelam-kabut buat sos..



Resepi Nasi Air Kelantan

$
0
0
Assalamualaikum



Bahan-bahan Sup:
Ayam bahagian dada
* Bawang putih (ditumbuk halus)
* Lada Hitam (ditumbuk lumat)
* Bunga Lawang 
* Halia (ditumbuk kasar)
* 1 biji bawang besar (dibakar dan di belah 4)
* Serai (di ketuk)
* Akar Daun Sup
* Pati Ayam
* Garam Gula secukup rasa

Sambal Cili:
Cili Padi
Bawang Putih
Cuka

Bahan-bahan sampingan:
Ikan Bilis goreng
Tauhu goreng dan hiris kecil-kecil
Daun Sup
Bihun – digoreng (tapi Atie x letak, malas nk goreng.. hehehe)
Minyak bawang putih



Cara-cara:
  1. Rebus Ayam sehingga masak dengan air yang banyak. Air tu akan digunakan untuk membuat sup.
  2. Bila ayam dah masak, keluarkan ayam dan masukkan semua *bahan-bahan untuk sup. Dan bila rasa semua dan lengkap boleh tutup api.
  3. Untuk Sambal cili, bland semua bahan-bahan dan di perasakan dengan garam dan gula.
  4. Ayam yang di rebus tadi, di carik-carik untuk di makan bersama nasi air.


Untuk nasi, masak macam biasa tapi lebihkan air.. mungkin 2,3X lebih dari biasa.. Bila nasi baru masak, kacau-kacau untuk menghancurkan nasi dan tambah air sikit kalau xnak dia berketul atau melekat-lekat.

Selamat Mencuba!!



Tetiba rajin masak

$
0
0
Assalamualaikum

Tiba-tiba pulak Atie rajin post pasal resepi kan.. Biasanya resepi-resepi yang Atie post, semua Atie try masak dulu.. Lagipun bila post kat sini senang nanti Atie sendiri nak rujuk..

Atie bukan rajin masak dan sangat jarang masak.. Ni tiba-tiba rajin sebab UmmiAbah pergi menunaikan Ibadah Haji.. Atie la yang kena jaga adik-adik kat rumah.. Tu yang tetiba rajin masak.. Hahaha.. Kalau tak... Hmmmmmm, jangan harap serajin ni..

Sejak UmmiAbah xde, Atie la yang kena rajin turun padang masak untuk adik-adik.. Biasa weekend terlebih rajin la.. Kalau weekday penat balik kerja kan, jadi malas sikit.. Kalau Atie masak pun just nasi goreng je.. Tu pun kalau rajin la.. kalau malas, beli kat kedai je.. hikhikhik.

Kadang-kadang kesian juga dekat adik-adik, asyik-asyik nasi goreng.. Tu sebab Atie beli makanan kat kedai kadang-kadang, takut diaorang bosan makan nasi goreng.. Tapi A'zim dia bagitahu x kisah pun nasi goreng hari-hari.. Masa study dulu pun hari-hari nasi goreng.. Dah biasa makan menu sama hari-hari.. Dengar je dia cakap macam tu, fuhhhh..... lega la.. 

Ok.. lepas ni, hari-hari nasi goreng la... Hahahah

kami 4 beradik penjaga rumah

Trio Air Fryer

$
0
0
Assalamualaikum

Adam asyik je tanya Ummi nak tak air fryer.. Tiba-tiba je nak belanja.. Tapi Adam biasa lepas balik dari kerja memang akan belanja Ummi sesuatu.. Dia kata anak solehkan... hmmm.. ye kan je...

Adam dia kerja atas kapal, so duit gaji every month memang x terusik la kecuali bila naik ke darat.. Bila kat darat, shopping bukan main lagi.. Tapi dia banyak belanja family la.. Bila dia ada, boleh la request nak makan benda mahal-mahal.. Si kakak pandai ambil kesempatan je.. Hahaha

So berbalik kepada Air Fryer, lepas survey beberapa tempat maka terbeli la Trio Air Fryer.. Survey untuk cari yang murah dan berbaloi.. Tak sempat pun nak study dulu kat internet.. Adam bila nak beli benda, terus nak sekarang.. Tu yang terus survey kat kedai..

Tengok brand lain macam mahal sangat.. Philips confirm la harga RM1+++, ada juga RM8++.. Tapi still mahal..Panasonic pun RM5++.. Still mahal lagi.. Lepas survey beberapa kedai, last-last jumpa juga yang murah dan berbaloi-baloi.. Trio Air Fyer RM220.. Murah

Sebelum beli tu, Atie pergi beberapa kedai kat area KB ni, macam G-Orange Mall, SenQ, Pasific dan Mydin.. Semua tempat dah survey, tapi x jumpa yang under budget.. Kalau ikutkan Adam, RM5++ dia boleh sponsor lagi, tapi rasa x berbaloi la beli air fryer mahal-mahal.. Tak tau lagi kan best ke x guna.. Kalau tak guna, kan bazir je beli mahal-mahal..

Atie beli kat kedai Sharp depan Nasi Abg Mi kat traffic light Taman Maju.. Siapa-siapa orang KB nak cari juga, boleh la pergi kedai tu.. Atie rasa kat kedai tu harga ok juga.. Lepas survey beberapa kedai, yang tu rasa murah.. Atie ada survey juga Philips Easy Touch Garment Steamer, harga lagi murah dari kedai sebelum-sebelum ni Atie pergi.. Tapi untuk Garment Steamer tu Atie beli brand lain.. Yang tu Atie x test lagi, nanti Atie try buat review pasal product tu pulak..



Untuk Air Fryer, akhirnya memilih brand TRIO.. mungkin kat online macam lazada dapat harga lagi murah la.. Tapi lepas tambah postage, harga lebih kurang je.. 


  • Adjustable timer & temperature control
  • Convenient handle design
  • Detachable frying basket with protection cover on release button
  • Rapid air technology for healthier frying
  • 2.6L Capacity
  • 80-200ºC temperature setting
  • 30 minute timer
  • Cool touch handle
Di sertakan sekali manual untuk menggunakan air fryer ni dan  ada juga setting masa untuk menggoreng ayam, nugget dan macam-macam lagi..

Setakat ni Atie sangat berpuas hati menggunakan air fryer ni.. Memudahkan kerja juga.. Pagi tadi Atie goreng nugget.. Masukkan dalam air fryer set masa dan boleh la pergi mandi atau buat kerja lain.. Siap je, dah boleh makan.. Sangat menyenangkan kerja dan tidak lagi terpercik minyak.. hehehe.

rasa nugget lebih sedap dari goreng pakai minyak sebab x menyerap minyak
(12 minit je)

ayam berempah
(15 minit.. tengok saiz ayam juga)

Kalau rasa nak start makan healty food, boleh la beli 1.. lepas ni goreng-goreng tak payah pakai minyak dah.. Healty sangat.. Apa-apa brand pun tak kisah yang penting 'no more oil'.. Hahaha




Resepi Tauhu Bergedil

$
0
0
Assalamualaikum



Bahan-bahan:
4 – 5 biji kentang
Ayam/daging kisar
Bawang besar holand (potong dadu kecil)
Bawang goreng
Daun sup (hiris halus)
Lada merah besar (hiris halus)
Lada hitam (tumbuk halus)
Garam gula (secukup rasa)
Telur 
Tauhu Goreng

Cara Buat Tauhu Begedil:
  1. Rebus atau goreng kentang yang telah siap dikupas dan bersihkan. Potong wedges supaya cepat masak.. Atie suka goreng berbanding rebus sebab rebus kentang jadi agak berair berbanding goreng yang lebih kering.
  2. Goreng dengan sedikit minyak isi ayam/daging kisar dengan sedikit serbuk perasa sehingga masak.
  3. Kentang di tumbuk atau di lenyek dan masukkan garamgula, lada hitam.
  4. Gaulkan kentang, isi daging yang dimasak, bawang besar, bawang goreng, daun sup dan lada merah tadi bersama hingga serasi. Pakai tangan senang.
  5. Masukkan sedikit telur. Jangan terlalu banyak, takut lembik.*ikut keadaan. Gaul sebati.
  6. Gunakan pisau/gunting untuk memotong sedikit bahagian atas tauhu. Keluarkan isi tauhu dan campur isi tadi dengan bergedil tadi.
  7. Sumbat bergedil kedalam tauhu. Jangan sampai terkeluar.
  8. Pecahkan telur, pukul bersama sedikit garam dan tepung jagung (tepung jagung boleh buat telur menjadi sedikit pekat dan cantik kembang)
  9. Celup dan salutkan satu persatu tauhu begedil, goreng dengan minyak penuh sehingga garing.

Potong macam ni

Sebelum di saluti telur

Untuk Sos Kicap Manis:
Cili padi
Kicap
Bawang Putih 1ulas
Garam
Sedikit cuka/perahan limau.

- Blend semua..

Selamat Mencuba!!

Kongsi Ilmu : Muslim

$
0
0
Assalamualaikum

Mayor of London ... MUSLIM 
Mayor of Birmingham ... MUSLIM
Mayor of Leeds ... MUSLIM
Mayor of Blackburn ... MUSLIM
Mayor of Sheffield ... MUSLIM
Mayor of Oxford ... MUSLIM
Mayor of Luton ... MUSLIM
Mayor of Oldham ... MUSLIM
Mayor of Rochdale ..... MUSLIM.

Now all UK schools are ONLY serving HALAL MEAT !

All this achieved by just 4 million Muslims out of the 66 million population !!!

This is an eye opener

Here Hamza Yakasai Quotes regarding Islam, by some Western philosophers 

1. Leo Tolstoy (1828-1910)
"Islam will rule the world one day, because in it there is a combination of knowledge and wisdom".

2. Herbert Wells (1846-1946)
"Until the effectiveness of Islam again, how many generations will suffer atrocities and life will be cut off  ?  Then one day the whole world will be attracted to it, on that day there will be PEACE  and on that day the world will be inhabited again .

3. Albert Einstein (1879-1955)
"I understand that the Muslims did it through their own intelligence and awareness which the Jews could not do. In Islam it is the power that can lead to peace".

4. Huston Smith (1919)
"The faith which is upon us now and which is better than us in the world, is Islam. If we open our hearts and minds for it, then it will be good for us".

5. Michael Nostradamus (1503-1566)
"Islam will be the ruling religion in Europe, and the famous city of Europe will become the Islamic State capital."

6. Bertrand Russell (1872-1970)
"I read Islam and realized that it is to be the religion of all the world and all humanity. Islam will spread throughout Europe and in Europe the big thinkers of Islam will emerge. A  day will come when Islam will be the real stimulus of the world. ".

7. Gosta Lobon (1841-1931)
"Islam only talks about peace and reconciliation. Invite Christians to appreciate the faith of reform."

8. Bernard Shaw (1856-1950)
"The whole world will accept Islam religion one day and if it can not even accept the real name, it will accept it by a  name of metaphor. West will accept Islam one day and Islam will be the religion of those who have studied in the world. "

9. Johann Geith (1749-1832)
"We all have to accept Islam religion sooner or later. This is the real religion. If I am called a Muslim, I will not feel bad, I accept this as a  right thing."



Credit: copy paste


Kongsi Ilmu : Maksud bacaan dalam solat

$
0
0


Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi masih tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak khusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan faham-fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat

*Takbiratul-Ihram / Takbir:*
Allah Maha Besar.

*Doa Iftitah:*
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

*Al-Fatihah:*
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

*Bacaan ketika rukuk:*
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

*Bacaan ketika bangun dari rukuk:*
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

*Bacaan ketika iktidal:*
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

*Bacaan ketika sujud:*
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

*Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:*
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

*Bacaan ketika Tahiyat Awal:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

*Bacaan ketika Tahiyat Akhir:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Semoga bermanafaat utk kita bersama!
Sahabat jika artikel ini bermanfaat silakan dikongsikan, sampaikan walau satu ayat
Sabda Rasulullah SAW;

*"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."*
(Hadis Riwayat Muslim)

Credit: Copy paste.


Salam Ramadhan

Perbaharui Permit Pembantu Rumah

$
0
0
~Assalamualaikum~

Kali ni terpaksa taip kat blog.. Every year asyik lupa je cara untuk renew permit pembantu rumah. Bila letak sini, senang untuk diri sendiri atau orang lain refer walaupun blog tak ter’update’.. hehehe.

Ni cara untuk renew sahaja.. Untuk baru nak register, Atie dah lupa.. Malas la nak ingat balik.. hahaha. Nanti bila perlu nak register baru, baru kita fikir macam mana nak buat.. hahaha. (~sorry~)

Untuk yang nak buat sendiri (jimat woooo~)

1. Daftar pembantu dengan FOMEMA untuk pemeriksaan kesihatan
2. Bawa pembantu untuk pemeriksaan kesihatan di klinik yang telah  di pilih
3. Daftar dengan menggunakan MYEG ke Imigresen
4. Tunggu permit dihantar ke alamat yang anda daftarkan di MYEG.

Step 1 (FOMEMA)
  1. Pergi ke website FOMEMA https://portal.fomema.my/. Login menggunakan password yang sama masa 1st time register.
  2. Ikut setiap Step 1-5.. yang ni x susah pun.. Jangan lupa pilih klinik yang senang untuk kita kunjungi.
  3. Harga untuk FOMEMA ni adalah RM190.00(perempuan) – ada yang kata untuk lelaki dan perempuan harga berbeza.. Yang tu Atie tak pasti pulak.
  4. Boleh buat bayaran secara Online / Kiriman Wang / Bank Draf. Harga berbeza sedikit untuk caj.
  5. Jika buat bayaran secara online, selepas pembayaran , boleh print Salinan “Print Medical Examination Form” dan di bawa ke klinik yang dah dipilih untuk pemeriksaan. Form valid dalam tempoh 30 hari sahaja.
Step 2 (myeg)
  1. Login dalam website myeg https://www.myeg.com.my/. Untuk yang belum ada account, boleh create account.
  2. Klik Jabatan Imigresen Malaysia dan akan keluar Important Notice.

  3. Isi semua yang di perlukan.
  4. Boleh pilih cara penghantaran. Atie biasa pilih 'Delivery'. e-service Centre tu Atie tak tahu macam mana.
  5. Jumlah yang diperlu dibayar. Atie rasa yang ni berbeza mengikut warganegara.
    (warganegara Thailand)

  6. Payment boleh guna credit card atau online banking.
  7. Settle..  Dalam masa 3-4 hari (waktu kerja) akan sampai.
Total: RM 190(FOMEMA) + RM1(online charge) + RM595 = RM786

Kalau guna agent, mesti lagi tinggi bayaran.. sebab kena service charge oleh agent tu. So nak jimat, buat sendiri.. Tak susah pun 😊

p/s: Kena settle fomema dulu.. Bila result fomema dah keluar, baru buat myeg.

Lirik Lagu Sikasih - Abam Bocey

$
0
0
Assalamualaikum


Satu persatu telah pergi
Meninggalkan segala di miliki
Yg pasti sudah pun tertulis
Di mana mula kan berakhir

Kerapkali aku memerhati
Tiap kisah hidupmu ohh kekasih

Namun takkan mungkin
Ku Menjadi seperti dirimu
(Menjadi sepertimu)

Terputus sudah diantara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yg kau kata
Kubawa bersama semat dijiwa

Namun takkan mungkin
Ku Menjadi seperti dirimu
(Menjadi sepertimu)

Terputus sudah diantara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yg kau kata
Kubawa bersama semat dijiwa

Terputus sudah diantara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yg kau kata
Kubawa bersama semat dijiwa


Pulau Suri 'Floating Market'

$
0
0
~Assalamualaikum~


Siapa pernah pergi Floating Market kat Thailand atau Negara-negara lain?
Sekarang tak payah dah pergi jauh-jauh.. Kat Kelantan pun dah ada yea.. Tapi tak akan sama la dengan yang kat luar.. Kat Kelantan takde la seramai/semeriah tempat lain.. Boat penjual pun takdelah banyak sangat..

Pulau Suri Floating Market,Tumpat kalau tak silap Atie dibuka pada tahun 2016.. Tapi 2019 baru betul-betul popular.. Siap ada 2 tempat dah.. Pulau Suri Lama, Pulau Suri Baru..

Atie pergi Pulau Suri Baru.. Masa nak beli tiket boat, boleh bagitau nak gi yang lama atau yang baru.. 

Ada 2 jeti untuk ke Pulau Suri.. Melalui Kampung Laut, Tumpat atau melalui Pulau Besar, Kota Bharu.. Bagi Atie, jeti Pulau Besar lagi dekat berbanding Kampung Laut sebab harga tambang ke sana berbeza.. Tambang boat dari Kampung Laut RM10 (2 way/person), dari Pulau Besar RM5 (2 way/person).. So, Atie rasa dari Pulau besar lebih dekat.. Hehehe. Eh, Pulau Besar tu bukan pulau yea, tapi nama tempat.. Nanti orang ingat, kena naik boat nak ke Pulau Besar dulu sebelum ke Pulau Suri.. 

Macam ni je jeti.. Jangan ingat jeti macam untuk boat-boat besar pulak..

Tasneem tengah tunggu boat

Beli tiket boat dulu kat tepi.. Lepas tu tunggu boat kat tempat menunggu.. Tak ikut nombor tau nak naik, tapi dia akan ikut siapa yang datang awal dan ikut bilangan orang. Nak penuhkan 1 boat kan..Biasa boat ni boleh naik 6-7 orang dewasa.. Kalau Tukang Boat nak penuh kan dengan ramai lagi, boleh bagitau dia, tak nak ramai-ramai.. Boat kecik kan, bahaya pulak kalau ramai sangat.. Tukang boat biasa la nak untung lebih..




Happy sangat Tasneem dapat naik boat.. Kebetulan dia sorang je ada kat kampung, rezeki la dapat merasa.. First time tu naik.. Mula-mula dia takut, lepas tu enjoy sangat.. 





Abah yang arrange boat, memang mintak naik dengan kawan-kawan kita je.. 6 dewasa, 1 kanan-kanak.



Pulau Suri Lama.. Atie pergi yang 1 lagi.. Tapi x ada pulak gambar dari jauh Pulau Suri Baru.

Muka kerut sebab tahan panas.. Sebenarnya baru pukul 10 pagi..

Nak masuk pulau ni kena bayar juga tau.. Takut terkejut pulak sebab asyik kena bayar.. Atie tak pasti berapa RM1 atau RM3 sorang, sebab Abah yang bayar dan Atie pun tak tanya.. Kalau tanya nanti kena bayar sendiri.. Baik diam je kan.. Hahaha. Bayaran tu mungkin untuk upah orang jaga pulau ni.. Sebab pulau ni bersih dan terurus.



Bersihkan kawasan dia.. Kerusi meja pun banyak disediakan.. Nak berkelah atas tikar pun boleh.. Tandas pun di sediakan.





Macam-macam orang jual makanan.. Semua makanan ala Thailand.. ada juga jual ikan udang fresh, tapi kejap je habis sebab harga murah dari pasar.




First time try Miang Kham.. Memang sedap..
Bihun sup dia sedap juga.. Banyak lagi makanan, tapi tak tertangkap gambar.. hehehe.
Excited.. asyik ulang gi beli makanan je.. Beli 2, 3 jenis dulu, dah habis pergi try benda lain pulak.. 

Bawa duit sendiri, tapi beli aiskrim nak c.chik yang bayarkan.




bebas bermain..
Sebenarnya ni kali ke2 pergi.. kakak dengan abang ipar ikut skali.. Masa 1st time, pergi dengan kawan-kawan abah.. Budak ni meraung masa naik boat.. Takut

menunggu

Nak balik dah.. tunggu boat. Kalau beli tiket boleh naik je boat mana-mana yang ada.. Tapi sebab Abah deal dengan tukang boat, so kena tunggu boat tu juga.. Bagi Atie lebih selesa deal dengan tukang boat sendiri, kita pergi dan balik dengan geng yang sama..

Budak yang tak sabar nak naik boat



Nak balik dah... Byebyebye.........




Perintah Kawalan Pergerakan

$
0
0
~Assalamualaikum~



SELAMATKAN MALAYSIA

Salam Sejahtera;

Murid sekolah diCUTIkn 14 hari, sayangnya banyak orang yg tidak memahami. 

Kenapa 14 hari dan untuk apakah 14hari tersebut❓

14 hari itu sangat penting dan marilah kita patuhi 14hari itu.

14 hari itu mampu menghentikan PENYEBARAN Covid-19.

14 hari itu mampu menyelamatkan ribuan orang.

MENGAPA❓

Penjelasannya demikian :

- Jika seseorang itu disyaki pembawa Covid-19, maka dia akan dikuarantin selama 14 hari, jika tiada apa yg terjadi, maka orang itu selamat & bebas dari Covid-19.

- Cuti 14hari dapat menghentikan kitaran Penularan Wabak Covid-19 drpda terus merebak JIKA KITA SEMUA MAMATUHI 14hari tersebut. 

Contoh,
Seorang murid mula cuti 16mac selama 14 hari,
dia akan mula keSekolah pada hari ke-15. 

Seandainya, hari ke-10 murid itu berjalan² ke kawasan yg berisiko dgn Wabak Covid-19, mungkin pada hari ke 14/15 belum ada tanda² dia sakit, tetapi dia sudah membawa Covid-19 di tubuhnya dan berpotensi menjangkiti andai dia masuk sekolah pada hari ke-15. 

Maka 14 hari cuti sekolahnya itu, tidak ada guna jika penularan terjadi juga di sekolah, efek domino akan berlangsung, rantai penularan tidak akan terputus.

Untuk itu, semua orang harus bekerjasama, semua warga MALAYSIA harus membantu, iaitu patuh untuk tidak kemana² dalam tempoh 14hari itu kecuali untuk hal yang sangat perlu.

Waktu 14 hari itu, 
berguna untuk saling memantau, jika ada orang yg menunjukkan gejala² serangan Covid-19, 
mohon segera ditangani dan penularan dihentikan daripadanya.

Jadi, mari kita mengisolasi diri, untuk diri sendiri dan orang lain,  mungkin juga dalam skala besar untuk umat manusia.

Mohon bantu jelaskan kpd orang lain, supaya semua patuh dan pemerintah akan terbantu untuk stopkan penularan Covid-19.

jika tidak, CUTI 14hari itu akan SIA², malah CUTI 14tahun pun tidak akan dapat menghentikan penyebaran tersebut.

Semoga kondisi dunia akan pulih. 


Bantu sebarkan

Basque Burnt Cheesecake Resipi

$
0
0
~Assalamualaikum~


Bahan-bahan:
- 225g cream cheese
- 70g gula castor
- 1 biji kuning telur
- 2 biji telur
- 1tbsp tepung kek
- Esen vanilla
- 115g whipping Cream

Cara-cara:
  1. Satukan cream cheese dan gula. Gaul sebati.
  2. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali tepung kek. Kacau rata.
  3. Ayakkan tepung kek dan kacau rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang bulat 6 inci (tak ada size tu, boleh je pakai size dan bentuk lain)
  5. Bakar suhu 200 selama 50 minit (ikut oven masing-masing)
  6. Sejukkan dan sedia dihidang.


ada yang buat bagi lagi terbakar, tapi Atie takut terbakar sangat.. hehehe. 1st try kan


Selamat mencuba.. Resepi yang senang dan sangat sedap.


Pendaftaran Permit Pembantu Rumah

$
0
0

 ~Assalamualaikum~

Ramai yang tanya macam mana nak register permit pembantu rumah.. Nak buat sendiri, tak nak melalui ejen.. Hari tu Atie ada post 'Cara Perbaharui Permit Pembantu Rumah'.. So ramai la tanya Atie macam mana nak buat sendiri semua dari awal.. Atie memang buat dari awal, register sendiri.. Tapi masalahnya Atie dah lupa cara-cara nak buat. Benda ni 6 tahun lepas, sekarang hanya renew permit je tiap-tiap tahun.. 

Atie boleh la bagi info sikit-sikit untuk register.. Mungkin boleh tanya detail dengan pihak-pihak yang berkenaan.. Sebab Atie memang lupa step yang perlu buat.. Sorry~

Boleh ke MAID ONLINE untuk mengetahui dengan lebih detail.


Syarat - syarat Kelayakan Pembantu Rumah Asing (PRA)

Permohonan PRA adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan seperti berikut:
Bakal PRA mestilah perempuan yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun semasa permohonan.
Bakal PRA mesti diambil daripada sembilan negara sumber yang dibenarkan seperti berikut:

  1. Indonesia
  2. Filipina
  3. Sri Lanka
  4. Thailand
  5. India
  6. Lao
  7. Nepal
  8. Vietnam
  9. Kemboja

Bakal PRA hendaklah bebas daripada senarai syak dan senarai hitam Jabatan.
Bakal PRA tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang aktif dengan majikan lain.
Pemegang eVisa dan eNTRI tidak dibenarkan untuk memohon SMO.


Syarat - syarat Kelayakan Majikan

Majikan mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia sahaja.

Majikan mestilah terdiri daripada suami dan isteri yang mempunyai:

  1. Anak berumur di bawah usia 15 tahun (yang memerlukan jagaan dan perhatian).
  2. Anak kelainan upaya (tiada had umur).
  3. Majikan/ isteri majikan yang sakit/ uzur.
  4. Ibu bapa yang uzur/ sakit atau
  5. Ahli keluarga terdekat yang uzur/ sakit (adik beradik, datuk atau nenek sahaja).

Bagi tujuan menjaga ibu bapa atau ahli keluarga yang uzur/ sakit, surat pengesahan daripada pegawai pakar perubatan adalah diperlukan. Majikan yang mengambil PRA bagi tujuan menjaga ibu/ bapa/ keluarga terdekat hendaklah mengemukakan bukti pertalian secara jelas.

Permohonan PRA bagi tujuan menjaga ibu/ bapa/ keluarga terdekat adalah terhad kepada ibu/ bapa/ keluarga yang tidak mempunyai pendapatan tetap sahaja.

Kelayakan pendapatan bulanan majikan adalah berdasarkan kepada jumlah pendapatan suami dan isteri. Kelayakan pendapatan isi rumah majikan adalah antara RM 3,000 hingga RM 5,000 (mengikut negara sumber).

Majikan yang terdiri daripada suami dan isteri hanya boleh menggaji seorang PRA sahaja pada satu-satu masa.

Bagi permohonan PRA yang dikemukakan oleh pasangan suami/ isteri, keutamaan hendaklah diberi supaya nama suami digunakan sebagai majikan utama.

Ibu atau bapa tunggal yang memenuhi syarat dan mempunyai kelayakan pendapatan dibenarkan untuk menggajikan PRA. Bagi majikan yang berstatus bujang dibenarkan untuk menggaji PRA khusus untuk menjaga ibu bapa sakit/ uzur sahaja.

Majikan berikut tidak layak dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan PRA:

  1. Diisytiharkan muflis oleh pihak berkuasa.
  2. Disenarai hitam oleh Jabatan Tenaga Kerja; atau
  3. Mempunyai kes-kes yang belum diselesaikan dengan Jabatan Imigresen Malaysia

Majikan beragama Islam hanya dibenarkan menggaji PRA yang beragama Islam sahaja dan
Majikan hendaklah melengkapkan kontrak kerja antara majikan dengan PRA. Sekiranya permohonan dikemukakan oleh pasangan suami/ isteri, kontrak kerja hendaklah dilengkapkan oleh majikan utama.

Berikut merupakan kelayakan gaji majikan untuk mengambil PRA mengikut negara sumber:-



Dokumen yang diperlukan:
  1. Borang permohonan PRA
  2. Borang IM 12. (Permohonan PLKS)
  3. Borang Personal Bond yang dimatikan setem RM10.00
  4. Perjanjian Pekerjaan di antara majikan dan PRA yang dimatikan setem RM10.00 (1 set asal dan 1 set salinan)
  5. Salinan kad pengenalan majikan dan pasangan (suami dan isteri)
  6. Salinan pasport PRA
  7. Laporan perubatan bakal PRA dari negara asal oleh panel yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  8. Bukti pendapatan tetap suami isteri:
    - Penyata KWSP dan slip gaji (3 bulan terkini); atau
    - Borang e-BE/ Penyata LHDN yang disah terima beserta slip bayaran
  9. Sijil perkahwinan (bagi permohonan kali pertama sahaja)
  10. Dokumen sokongan mengikut keperluan:
    - Sijil kelahiran anak yang berumur bawah 15 tahun;
    - Salinan kad pengenalan ibu/ bapa atau ahli keluarga terdekat;
    - surat pengesahan doktor dari klinik pakar swasta/ hospital kerajaan.
Untuk lebih terperinci boleh baca manual DISINI.

Boleh juga hubungi terus:
No Tel : 03-88801468 (call centre Unit Pembantu Rumah Asing)
Email : admin_maidonline@imi.gov.my


p/s:
Maaf, mungkin info-info ni tak membantu sangat sebab tak terperinci, tapi Atie harap info-info ni membantu untuk mulakan langkah.. hehehe. 





Latest Images

Pangarap Quotes

Pangarap Quotes

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC